Seruan Untuk Pemuda Islam
Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Sebelum membaca
artikel ini,saya mengajak kita semua memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T yang telah
membenarkan kita sampai pada usia remaja ini dan memberi kita kudrat untuk
berjuang dijalanNya.Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W
yang telah mengorbankan segala harta,jiwa dan usianya untuk menyebarkan cahaya
Islam ke seluruh alam.
Islam merupakan
cahaya yang menerangi kehidupan bagi setiap manusia.Cahaya ini pernah menyinari 2/3 dunia
pada suatu masa dahulu
dan cahaya inilah yang menjadikan seluruh dunia aman dan tenteram.Perlu kita sedar wahai pemuda,yang memulakan usaha Islam pada generasi pertama dahulu adalah dari golongan PEMUDA,yang menyambung perjuangan Nabi hingga berjaya menakluk 2/3 dunia juga adalah PEMUDA,dan yang menentukan nasib agama,bangsa dan negara kita pada hari ini juga adalah PEMUDA.
Kenapa semuanya PEMUDA?Ini kerana PEMUDA adalah tulang belakang kepada agama,bangsa dan negara.Tenaga,semangat dan buah fikiran pemuda sangat penting untuk menggerakkannya.Merekalah rahsia kehebatan dan kekuatan Islam,punca kemegahan dan kemuliaan Islam pada suatu masa dahulu.
Mari kita lihat betapa pentingnya kualiti pemuda dalam mencapai kegemilangan Islam.Pada suatu hari,Saidina Ali r.a didatangi oleh seorang pemuda (ketika itu beliau menjadi khalifah),lalu pemuda itu bertanya :"Mengapa umat Islam ketika zaman pemerintahan Nabi sangat hebat tetapi ketika pemerintahanmu jadi begini?". Ketika itu sudah mula berlaku pengabaian terhadap nasihat-nasihat Rasulullah dan ada yang sudah mula lalai dengan dunia.Lalu Saidina Ali r.a menjawab,"Kerana PEMUDA zaman pemerintahan Nabi dahulu adalah AKU,dan PEMUDA zaman pemerintahan aku adalah ENGKAU."
Oleh itu,Pemuda adalah sasaran utama musuh-musuh Islam.Kerana mereka tahu itulah rahsia kekuatan Islam.Mereka akan cuba pelbagai cara untuk merosakkan pemuda-pemudi Islam.Dan hari ini,pemudalah yang menjadi punca kekalahan umat Islam dalam memerangi musuh-musuh Islam dan segala anasir-anasir jahat yang datang.Memang pahit untuk diterima bahawa majoriti pemuda hari ini sudah rosak peribadinya dan hancur identitinya,sedangkan Rasulullah bersusah payah membina pemuda-pemuda generasi pertama dahulu hingga akhirnya tertegak sebuah negara Islam.Ketahuilah bahawa puncanya adalah apabila umat Islam sudah mula lupa akan tujuannya diutuskan ke bumi ini.Tidaklah kita dilahirkan oleh Allah S.W.T di bumi ini tanpa tujuan dan matlamat.Kerana Allah tidak sama sifatNya dengan manusia yang suka membuat perkara yang sia-sia.
Jadi,apa tujuan kita diutuskan di bumi ini sebenarnya?Adakah untuk bermain dan berfoya-foya? Tidak! Tapi inilah tujuan dan matlamat kita dilahirkan ke dunia :
1) Kita diciptakan untuk menghambakan diri kepada Allah S.W.T. dan berserah diri kepadaNya.Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat kepadaKU." -Az-Zariyat;56.
2) Kita diciptakan untuk mengikut manhaj Rabbani iaitu cara hidup yang diperintahkan oleh Allah dari segenap aspek kehidupan.Dan cara hidup ini selamanya tidak akan dicampuri dengan kegelapan jahiliyah kerana ianya diturunkan oleh Allah Yang Maha Bijaksana.Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam,maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya,dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." -Ali Imran;85.
1) Kita diciptakan untuk menghambakan diri kepada Allah S.W.T. dan berserah diri kepadaNya.Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat kepadaKU." -Az-Zariyat;56.
2) Kita diciptakan untuk mengikut manhaj Rabbani iaitu cara hidup yang diperintahkan oleh Allah dari segenap aspek kehidupan.Dan cara hidup ini selamanya tidak akan dicampuri dengan kegelapan jahiliyah kerana ianya diturunkan oleh Allah Yang Maha Bijaksana.Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam,maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya,dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." -Ali Imran;85.
3) Kita diciptakan untuk memberikan kesetiaan dan ketaatan hanya kepada Allah,RasulNya dan orang-orang yang beriman.Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah,Rasulnya dan orang-orang yang beriman,yang mendirikan solat dan menunaikan zakat,seraya mereka tunduk (kepada Allah)."-Al-Maidah:55.
4) Adapun Tujuan utama kita diciptakan adalah untuk menjadi khalifah yang menegakkan hukum-hukum Allah di atas muka bumi ini,dan mengeluarkan hamba-hambaNya daripada kegelapan jahiliyah kepada cahaya keimanan,daripada kesempitan hidup kepada keluasannya dan daripada kezaliman kekafiran kepada keadilan Islam.
Persoalannya,bagaimanakah kita hendak melaksanakan tugas-tugas tersebut?siapakah yang layak untuk memikul tanggungjawab ini? Wahai para pemuda Islam! Tugas-tugas ini hanya akan terlaksana dengan wujudnya 5 sifat asas ini dan disebatikannya dalam diri kita :
1) Keimanan yang teguh.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah,mereka itulah orang-orang yang benar."
-Al-Hujurat;15.
2) Keikhlasan yang benar.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud : "Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan ikhlas mentaatiNya dalam (menjalankan) agama,dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat,dan yang demikian itulah agama yang lurus."Al-Bayyinah;5
3) Keazaman yang teguh.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud : "Orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah,mereka hanya takut kepadaNya dan mereka tiada merasa takut kepada seorangpun selain Allah.Dan cukuplah Allah sebagai Penghitung."-Al-Ahzab;39.
4) Gerak kerja yang berterusan.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud : "Dan katakanlah : "Bekerjalah kamu,maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu.Dan Kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan nyata,lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan."-At-Taubah;105.
5) Pengorbanan yang tinggi.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud : "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu?Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan berbagai cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya : "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." -Al-Baqarah;124.
Ketahuilah bahawa asas keimanan adalah hati yang tajam,asas keikhlasan adalah jiwa yang suci,asas keazaman adalah perasaan yang kuat,asas gerak kerja adalah kehendak yang muda dan asas pengorbanan adalah aqidah yang teguh.Semua sifat ini tidak akan mampu terkumpul dengan kuat dan mantap sebagaimana ia terkumpul dalam diri seorang pemuda dan ianya tidak terdapat kecuali dalam jiwa seorang pemuda Islam.
Ayuh! Bangkitlah Wahai Pemuda-Pemudi Islam! Jadilah Pencinta Islam Yang Hakiki.
Wallahua'lam..
Rabu,20 MAC 2013
10:30 am
No comments:
Post a Comment